Thursday, 21 February 2013

ESP & Ibu Hamil

assalamualaikum...
shat la h hendaknya kwn2 di luar sana..ingatkan minggu ni akan kembali seperti sediakala..but nope!! semalam terpaksa EL coz by muntah2 n x berat sgt kepala hatta nak angkat pun x terdaya..segala benda yg ditelan langsung x sempat nak hadam apatah lagi nak berkawan dengan perut or usus or ape2 yg ade kt dlm perut..after 5 min sume benda yg ditelan keluar balik..cuma sekeping roti gardenia n 1 cwn milo panas..tu pun x tertahan dh rasa.

hari ni alhamdulillah w/pun awal2 lagi dh menyembur tapi at least larat laaa nk melangkah ke opis..kalo dikenangkan balik semalam ntah laaa rasa mcm baru seminggu 2 preggy padahal dh nk msuk 12 minggu..still lagi ade loya n penin..mase 1st bby dulu xde la pulak smpi ke tahap ni..pepun hope sgt Allah permudahkan segala urusan..amiiin..panjang lebar plak membebel sebenarnya nak kongsi apakah yang dikatakan Pentingnya ESP untuk ibu yg hamil..

semalam bila perut dh kosong mamafiyya dh daya lagi nak wat pape..yg mampu hanya bangun n bancuh je esp yg ada...mmg lah dlam keadaan yg x larat ni makan ape pn sume rse x sedap pahit jeee..tp after 5 minit lepas amik ESP alhamdulillah mamafiyya rasa begitu selesa dan yang paling penting tgahari tu mamafiyya boleh masakkan lunch 4 my hubby..mula2 myhubby agak terkejut plan awal2 ingat nk makan nsik bungkus jek tapi bile dengar mamafiyya dah masak dia pn cepat2 nak blik..heheh tq Allah..tq ESP!


KENAPA ESP PENTING???

  • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
  • Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
  • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
  • Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
  • Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
  • Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
  • Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke-3.

Ape pun tenaga yang di bekalkan itu adalah sgt penting..ye la memandangkan tenaga kita salu dihabiskan untuk proses mengeluarkan balik apa yg dimakan so pengambilan ESP ni haruslah dititikberatkan jgn skip tau..disamping tu byk pekdah yg kita dpt darinya..bukan sahaja kita malah baby yg kt dlm peyut niiiii...say hi to mummy!!peace

Untuk yg berminat sila pm mamafiyya di talian 0195632038..insyaAllah setiap pesanan akan beserta dengan konsultasi percuma dr mamafiyya..

Tuesday, 5 February 2013

Surah-surah amalan buat ibu mengandung


assalamualaikum sahabat2 sekalian..alhamdulillah hari ni mamafiyya rsa bby kat perut ni mcm cool wlupun semalam mamafiyya agak penat sedikit..seharian menghabiskan tugas di mahkamah hinggakan mamafiyya sedar ada sedikit kesan darah yang keluar..panik juga mulanya tp alhamdulillah bila bangun pagi td semuanya ok..mungkin sedikit stress bekerja semalam tapi msih mampu tersenyum kerana dikelilingi rakan2 yang spotin'..

entry kali ni mamafiyya nak kongsikan dengan ibu2 preggy di luar sana tentang sedikit info yang mamafiyya dpat hasil drpd pembacaan sebentar td..berkenaan surah-surah yang boleh di jadikan amalan kepada bakal ibu2 comil sebelum betul2 bergelar ibu pabila selamat bersalin besok..

  • surah Al-Fatihah : dibaca supaya menjadi penerang hati buat si ibu mahupun si baby dalam perut disamping boleh menguatkan daya ingatan kedua2nya..
  • surah Luqman : dijadikan doa supaya anak2 yang bakal lahir kelak cerdik akalnya serta jiwanya.
  • surah Yusuf : untuk memperoleh anak yang cantik rupa parasnya beserta indah akhlaknya.
  • surah At-Taubah : untuk membersihkan jiwa para momies dan sentiasa terpelihara daripada maksiat.
  • surah Maryam : dibaca supaya momies kat luar sana diberi kemudahan sewaktu bersalin dan memperolehi anak2 yang soleh dan solehah.
  • surah Al-Hujurat : untuk memperbanyakkan susu ibu dan melahirkan sifat berhati-hati dalam diri anak2.
  • surah Yassin : momies semua akan memeperolehi ketenangan hati dan memastikan anak2 jauh drpd gangguan serta godaan iblis laknatullah.

semoga sedikit info yang bermanfaat ini dapat dijadikan panduan serta amalan untuk diri kita dalam menghadapi dugaan2 ketika mengandung, melahirkan serta membesarkan anak2 dengan sebaiknya.
salam ukhwah dr mamafiyya....

Sunday, 3 February 2013

Vitamin terbaik di awal kehamilan

assalarmualaikum untuk semua...
dah bsawang rasanya page ni...mana x nya nak  tengok laptop pun x terdaya rasa...asik ulang g toilet jaa...mulanya mamafiyya rasa mcm ada yg x kena ngan diri mamafiyya ni...ltih yg amat sgt..dengan pening + mual2 kat perut...terus mamafiyya berkira2 ooooooooo rupanya dah terlebih due hehehe...bila bgtau my hubby dia lah org yg paling sonok cepat2 gi soidaliah (farmasi)..n d result is "YESSS ALHAMDULILLAH"
Aku bersyukur ke hadrat Mu ya Ilahi...ini anugerah terindah wat kami...patut laa wafiyya ckit2 nak ummi ngan ayah langsung x nak kawan...

hemmmm kali ni mamafiyya tekad dalam hati disamping memanjat doa yang x pernah putus semoga kali ni mamafiyya tidak akan terkecuali untuk tergolong dikalangan mommies yg exclusively BF.....

entry kali ni mamafiyya nk kongsikan dengan rakan2 di luar sana betapa pentingnya kita sebagai ibu yang hamil supaya jangan skip untuk mengambil vitamin yang diperlukan oleh ibu dan juga baby kt dalam perut..macam pagi td waktu bagun dr tidur as usual setiap mommies akan merasa keadaan yang sama..loya pening sampai nak celik mata pun x bole..tp mcm biasa selepas solat subuh mamafiyya akan amik masa untuk x fokus sgt muntah2 bagai..cuba untuk bangun dan siapkan tempahan langsir dan alhamdulillah siap juga akhirnya...n after breakfast sekali lagi badan ni rasa x selesa terus mamafiyya dpatkan vitamin n shake esp..kali ni mamafiyya try wat esp + kordial sunquick guava + strawberry...fuhhh mmg berselera...mamafiyya minum smpi habis..sekaligus ja...lebih kurang setengah jam lepas tu alhamdulillah terasa badan kembali bertenaga...

kalo mcm ni setiap hari sedikit demi sedikit ketidaksukaan kita berada dlm keadaan seperti itu setiap kali kita pregnant iAllah akan dapat di atasi...mamafiyya ingin tekankan disini kepentingan setiap vitamin yg kita ambil di awal kehamilan..
Dengan ini mamafiyya mengesyorkan 4 supplement penting dan utama untuk ibu mengandung di awal kehamilan..

-->Energizing Soy Protein (ESP) : protein berasaskan soya non-GMO yang sangat baik untuk perkembangan janin (sel terbentuk drpd protein)selain untuk tenaga berterusan

-->B Complex : dilengkapi dengan asid folic beserta lapan vit B yang sangat penting untuk saraf buat ibu hamil.

-->Vit C : untuk menguatkan sistem imun badan

-->Vitalea :  multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi yang bagus untuk mengelakkan anemia atau mencantikkan bacaan hb setiap kali gi wat check up.

-->Ostematrix : gabungan kalsium dan magnesium dan vitamin D yang sangat berfaedah untuk saraf, pembentukan tulang bayi serta menghindarkan kaki serta otot menjadi cramp. kalsium yang mencukupi juga membantu proses meneran semasa kelahiran nanti..

Inilah gabungan set kehamilan di awal kelahiran @ trimester 1 :



InsyaAllah di entry yang akan datang mamafiyya akan kongsikan pula set untuk trimester seterusnya...untuk yg ingin mencuba bole menghubungi mamafiyya di talian 0195632038..mamafiyya sudah merasai keajaiban vitamin2 ini dan mamafiyya tersangat2 la ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian..belum cuba belum tau! bukan untuk org lain tapi ini untuk diri kita sendiri..ok jumpa lg di lain entry..salam ukhwah buat semua..