Tuesday, 5 February 2013

Surah-surah amalan buat ibu mengandung


assalamualaikum sahabat2 sekalian..alhamdulillah hari ni mamafiyya rsa bby kat perut ni mcm cool wlupun semalam mamafiyya agak penat sedikit..seharian menghabiskan tugas di mahkamah hinggakan mamafiyya sedar ada sedikit kesan darah yang keluar..panik juga mulanya tp alhamdulillah bila bangun pagi td semuanya ok..mungkin sedikit stress bekerja semalam tapi msih mampu tersenyum kerana dikelilingi rakan2 yang spotin'..

entry kali ni mamafiyya nak kongsikan dengan ibu2 preggy di luar sana tentang sedikit info yang mamafiyya dpat hasil drpd pembacaan sebentar td..berkenaan surah-surah yang boleh di jadikan amalan kepada bakal ibu2 comil sebelum betul2 bergelar ibu pabila selamat bersalin besok..

  • surah Al-Fatihah : dibaca supaya menjadi penerang hati buat si ibu mahupun si baby dalam perut disamping boleh menguatkan daya ingatan kedua2nya..
  • surah Luqman : dijadikan doa supaya anak2 yang bakal lahir kelak cerdik akalnya serta jiwanya.
  • surah Yusuf : untuk memperoleh anak yang cantik rupa parasnya beserta indah akhlaknya.
  • surah At-Taubah : untuk membersihkan jiwa para momies dan sentiasa terpelihara daripada maksiat.
  • surah Maryam : dibaca supaya momies kat luar sana diberi kemudahan sewaktu bersalin dan memperolehi anak2 yang soleh dan solehah.
  • surah Al-Hujurat : untuk memperbanyakkan susu ibu dan melahirkan sifat berhati-hati dalam diri anak2.
  • surah Yassin : momies semua akan memeperolehi ketenangan hati dan memastikan anak2 jauh drpd gangguan serta godaan iblis laknatullah.

semoga sedikit info yang bermanfaat ini dapat dijadikan panduan serta amalan untuk diri kita dalam menghadapi dugaan2 ketika mengandung, melahirkan serta membesarkan anak2 dengan sebaiknya.
salam ukhwah dr mamafiyya....

1 comment:

  1. Mungkin anda di luar sana ada doa2 serta zikir ibu2 preggy dipersilakan kongsi bersama di sini..moga semua dari kita mendapat manfaat darinya..

    ReplyDelete