Tuesday, 16 July 2013

Yumyum Resepi kegemaran mamafiyya

assalamualaikum semua...
hari ni mamafiyya nak bekongsi sedikit resepi ngan kengkawan semua...
nampak ringkat dan mmg ringkas tp mmg suka sgt ngan Terung goeng berlada ni....
kalo gi mana2 kedai yg ada masakan ni mmg mamafiyya x akan lepaskan peluang...
kalo nak lebih sedap, goreng bilis sampai rangup pastu tabur kat atas tu peeeh mmg best laaa
ni resepinya,, saja nak kongsi..sharing is loving kan??

TERUNG GORENG BERLADA
Bahan-bahan:

4 batang terung potong ikut suka
3 batang cili merah kisar
3 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
sedikit belacan dikisar
sedikit udang kering dikisar - guna ikan bilis pun boleh, ini kes nak abiskan stok udang kering.
sedikit asam jawa dicampur sewaktu mengisar
garam, gula dan perasa ikut suka

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan goreng terung separa layu. Toskan minyaknya dan ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak tadi (kalau banyak, sila kurangkan) tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa. Kacau sebati.
4. Masukkan terung yang telah digoreng tadi dan gaul dengan sambal secara merata. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas...

SALAM SAYANG,
MAMAFIYYA....
mamafiyya juga adalah pengedar sah shaklee no id 854346 dan menerima pesanan serta membuat penghantaran ke seluruh s/msia termasuk sabah dan sarawak..
cod kawasan berhampiran k.batas,beram,sg.petani dan juga buterworth..
sekiranya berminat sila pm mamafiyya 0195632038

No comments:

Post a Comment