Friday, 18 April 2014

Sambal Sotong ~My peberet mom's cook

hihi assalamualaikum...
arini mamafiyya nak kongsi ngan semua satu resepi yg memang simple tp tersangatlah sodap...
sejak dari azali lagi perut mamafiyya ni dah di sajikan dengan makanan ni..semestinya Sambal Sotong masakan mak..Hatta kalo tetiba jer mamafiyya balik kg ofcoz mak akn gi pasar cari jugak2 sotong tp mesti yg besor dan segar laaa baru sodap nak makan..jom kita tengok resepi ringkas ni kot2 coleh bantu korang..

BAHAN-BAHAN:
10 ekor sotong saiz besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
1 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

15 biji cili kering - boleh dikurang kalau tak mau pedas
5 bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan sotong dan dipotong kecil , dibasuh serta tos kemudian diketepikan dulu .Potong bawang besar .

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . Jika sambal kelihatan menjadi kering boleh la ditambah sedikit lagi minyak .

3) Masukkan bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bawang menjadi layu kemudian masukkan sotong dan kacau semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api .Dan inilah hasilnya..Tadaaaaa
memang terbaiklah mak punya sambal sotong niiii...tp kalau rsa2 nak tambh ngan petai pun boleh jugak..ambil 2 hingga 3 papan petai kopekkan kulitnya

waktu dah masukkan semua bahan2 termasuk sotong bolehlah masukkan petai supaya petai jugak sama2 masak dan empuk bersama sotong
ok dah pun siap dan boleh dimakan yumyum....
boleh menambah nasik smpi 2 pinggan ni...huhuh kantoi diet mamafiyya..

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai vitamin shaklee, bolehlah menghubungi mamafiyya untuk konsultasi sepenuhnya

Kekangan Bajet?????Jgn risau!!terus hubungi mamafiyya insyaAllah mamafiyya akan membantu anda ~ 019-5632038/011-10830519

Berita baik kepada kaum ibu yang mencari income lebih walaupun hanya berada di rumah..ingin menjana pendapatan sehingga 5angka??segera hubungi mamafiyya..segala panduan dan tunjuk ajar akan diberikan beserta bimbingan hingga ke puncak!Bersama kita memartabatkan sunnah Rasulullah dalam mencari rezki yang halal.Jgn malu dan segan boleh emailkan terus ke wafiyyacoomil@gmail.com 

salam sayang dari mamafiyya....
juga membuat penghantaran sekitar kepala batas, bertam, butterworth dan juga s.petani

2 comments:

  1. alooo...sedapnye tengok sambal sotong ni...slurppp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yummy mmg sedappon cik cempaka!try laaa mmg terangkat

      Delete